Thursday, October 23, 2008

Hujan..

Hari ni hujan.hujan diramal sampai Sabtu. hari ni suhu 20 celcius. Esok diramal 19 celcius. Isnin diramal 15 celcius.bila hujan banyakla kedai menjual payung. bila hujan jga, kedai-kedai dan bangunan akan keluarkan bekas khas untuk letak payung, plastik panjang untuk letak payung supaya lantai tak basah dek air yang menitik dari payung dan bekas untuk buang plastik payung tersebut.

Dulu, masa hujan mesti naik bas. Sekarang dah pandai naik basikal sambil pegang payung、 tapi sebenarnya kesalahan lalulintas di Jepun ni. kalau tertangkap, boleh didenda sebanyak Yen 20,000 bersamaan lebih kurang RM600.00.

Hhari ni beli buang pisang kaki. mmg musim pisang kaki atau かきーKAKI dalam bahasa Jepun.

3 comments:

Anonymous said...

haaa best nye pisang kaki...i nakkk please fed-ex to me, kat sini mahal nak mampus!!..mama zaref

mak iti Jr said...

nape dorang panggil pisang kaki ye? x de rupa pon...cam buah 'mencepu' adalah rasanya

zackzara said...

Pisang kaki tu ape?